Friday 20 March 2015

Mark Adam Berang Isteri Ditendang Perompak, Kereta Dicuri !!!






PETALING JAYA: Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan, 35, ditendang oleh perompak dalam satu kejadian kecurian kereta di Batu Caves, Gombak pada Khamis lalu.


Mark, 35, berkata, lebih membuatkan dia geram apabila ketika kejadian itu, dia tiada bersama isterinya.


"Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves di mana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.


"Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.


"Rasa ralat dibuatnya kerana ketika itu saya tiada di sisi isteri," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.




Inilah kereta Mark Adam yang dipandu isterinya dilarikan penjenayah.


Tambah Mark, salah seorang daripada perompak tersebut telah ditahan polis selepas dia bersama isteri membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.


Kata Mark lagi, kejadian itu membuatkan isterinya masih trauma, ditambah pula kesan tendangan itu membuatkan isterinya kerap mengadu sakit perut.


Sementara itu, Mark berharap kejadian yang berlaku pada isterinya dijadikan pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya.


"Sekarang ini macam-macam cara orang nak rompak kereta dan salah satunya mereka melanggar kereta di depan sebelum merompak.


"Kalau nak cakap tentang kereta hilang, ia ada insuran, tetapi bagaimana jika nyawa yang melayang?


"Saya harap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat semua. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri memandu. Lagipun dia masih trauma," ujarnya.

Thursday 5 March 2015

7 Jenis Fesyen Tudung yang Memang Membuat Tarikan Pada Lelaki Mata Keranjang...

Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. 
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi kegilaan ramai wanita masa kini. 


1. Tudung Bukit 
 


Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.



2. Tudung Sarung Nangka 
 


Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. 




3. Tudung Alien 
 


Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta. 
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim] 



 


4. Tudung Papa Kedana 
 


Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ini adalah golongan budak sekolah (tak semua, tapi sebilangan yang dipaksa pakai tudung). Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri… 




5. Tudung Siput 
 


Ini, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada jugak ni. Pelik betul… 




6. Tudung Retis 
 


Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ini adalah idola untuk dijadikan ikutan. Apa salahnya pakai tudung yang cantik macam Wardina ke, Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ker.. 




7. Tudung Muslimah 
 
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada  
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. 
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. 
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31] 

(TERBAIK) 7 Foto Jelita Emma Maembong Memakai Busana Pengantin!





Setelah hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak kembali pulih, kini melalui instagram milik Emma Maembong sendiri telah berkongsi beberapa foto beliau menggayakan busana pengantin. Opsss buat peminat semua jangan terkejut tau! bukannya Emma Maembong dan Zizan Razak bakal melangsungkan perkahwinan tetapi punca sebenar Emma Maembong menggayakan busana pengantin tersebut hanyalah kerana tuntutan menjayakan watak lakonannya di dalam siri Isteri Sepenuh Masa yang bakal muncul nanti.




Menerusi drama tersebut juga Emma Maembong digandingkan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza yang sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk drama Projek Memikat Suami. Fuh! nampak serasi antara mereka berdua.

Menarik :- 7 Foto Cantik Emma Maembong Sekitar AIM21

Jarang sekali kita dapat melihat Emma Maembong memakai busana pengantin sebab biasanya gadis cantik ini sentiasa simple dalam berpenampilan semenjak bertudung.





Foto Jelita Emma Maembong Memakai Busana Pengantin





Layan beberapa foto jelita Emma Maembong mengayakan busana pengantin yang serba putih sesuai dengan kulitnya yang putih gebu. Haiiii Zizan Razak, tak cemburu ke Emma Maembong je yang pakai baju pengantin. Cepat-cepat langsungkan perkahwinan supaya tak melepas nanti. Opss















EKSKLUSIF !! INILAH KEPUTUSAN SPM ARTIS POPULAR MALAYSIA



Sebelum ini, kita sudah baca mengenai 12 selebriti (artis) Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi. Kali ini ammboi terima info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.



Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.
Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:
  1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
  2. Syura – 3A spm, 2004
  3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000
  4. Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
  5. Diana Danielle -2A 5B
  6. Sheila Rusly – Gred 2
  7. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
  8. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
  9. Najwa Latif 4 A
  10. Nasha Aziz – mungkin Gred 1 [ada kekeliruan pada keputusan beliau] hihi, mohon maaf…

Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.
p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH…

Sunday 7 December 2014

(6 Gambar) Penemuan Kenderaan Firaun Yang Tenggelam Di Laut Merah




Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.
Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.
Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.
Gandar Roda Kenderaan Firaun Yang Dijumpai
Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.
Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah
Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah
Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa pengiraan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.
Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur kerana usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.
sumber: irfanirsyad.wordpress.com

Lelaki ini Minum 10 Tin Coke Sehari Selama 30 Hari dan hasilnya memang tak disangka sangka..





Lelaki ini Minum 10 Tin Coke Sehari Selama 30 Hari dan hasilnya memang tak disangka sangka. Anda sanggup minum seperti dia?... George Prior, 50, bersetuju dengan eksperimen yang memerlukan beliau minum 10 tin Coca-Cola sehari selama 30 hari.
Dengan berbuat demikian, beliau yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat menambah lagi 900 kalori dan 250 gram gula ke dalam diet hariannya.
Ini menjadikan, dalam tempoh 30 hari, beliau mengambil tambahan 27,000 kalori dan 7.5 kilogram gula.
Hasilnya, berat beliau bertambah, perut menjadi buncit, love handles juga wujud selepas tempoh berkenaan.
Tekanan darah beliau juga meningkat daripada 129/77 pada permulaan kepada 145/96 di penghujung eksperimen.
Di penghujungnya, bapa kepada dua anak itu mengakui beliau sudah mula ada ketagihan (namun tidak terlalu kuat) terhadap Coca-Cola.
Tempoh 30 hari George itu direkodkan dalam diari online (lihat video di bawah) antara Oktober ke November lalu.
“Saya akan memilih untuk tidak berbuat begini lagi, saya tidak suka berat seperti ini,” katanya dilaporkan media.
Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pengambilan gula dalam badan.
“Saya rasa ramai yang menderita masalah kesihatan seperti kencing manis dan masalah jantung tidak menyedari mereka boleh membantu diri sendiri dengan berhenti mengambil gula,” katanya.
George menegaskan, beliau bersetuju melakukan eksperimen tersebut demi sains. 

Inilah Rupa Budak Perempuan Tercantik Di Dunia..



Pada usia 9 tahun, Kritine Primanova telah mencapai apa yang wanita dewasa inginkan iaitu tercantik di dunia oleh satu majalah fesyen. Bapanya ialah pemain bola Rusian Pimenov manakala ibunya supermodel Gilkeria Shirakova . Kritine sudah menjadi model sejak berumur 3 tahun dan diperkenalkan oleh ibunya sendiri. Kontroversi berkenaan apabila orang ramai memujanya sebagai wanita dewasa.


The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina Pimenova-1-2
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina Pimenova-1-3
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina Pimenova-1-4
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina Pimenova-1-5

The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-2
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-4
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-6
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-7
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-11
The-most-beautiful-girl-in-the-world-Kristina-Pimenova-18